Kelulusan Pelan

Berdasarkan peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan (AJBP)1974 (Akta 133), dibawah Seksyen 70, tiada seseorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Sesiapa yang ingin membangunkan sesuatu bangunan, perlu mengemukakan pelan dan penentuan sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana Undang Undang Kecil (UKK) yang dibuat di bawah AJPB 1974 (Akta 133)

Kelulusan pelan bangunan adalah berdasarkan/tertakluk kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan kelulusan Pelan Infrasruktur bagi sesuatu pembangunan.

KEPERLUAN KELULUSAN
Pelan yang dikemukakan hendaklah:-

  • Diperaku oleh orang berkelayakan (Ar./Ir./Pelukis Pelan Berdaftar)
  • Disertakan Borang A (UUK3(1), UUK16(2), Jadual Ke-2 UUKBS 1984)
  • Ditandatangani pemilik dan Ir / Ar / Pelukis Pelan di setiap helaian pelan berserta cetakkan nama, alamat, no. k/p pemilik dan nama, alamat, no. pendaftaran profesional (UUK6(1) UUKBS1984)
  • Mengandungi 3 set salinan kertas + 1set salinan linen (UUK8(1)&(2)UUKBS1984)
  • Mengandungi pelan tapak/punca/lokasi/semua pelan² am berkaitan dan butiran²    perincian pelan lantai/tampak/bumbung/keratan (UUK 9(1)(2), UUK10(1)(2), UUK9(1)(2), UUK10(1)(2), UUKBS1984)
  • Dicetak dengan terang dan diwarnakan dengan lengkap (UUK10(3)UUKBS1984.)
tml1-page-001tml2-page-001
Contoh pelan Untuk Kelulusan

DOKUMEN DIPERLUKAN

  1.      Surat Permohonan Perunding
  2.      1 Salinan Sijil Pembaharuan Pendaftaran LAM & LJM
  3.      Borang A (lengkap & bertaip)
  4.      Borang Permohonan (lengkap)
  5.      1 Salinan Surat Hakmilik / S&P/Dokumen Tanah /Usahasama PBN
  6.      1 Salinan Cukai Taksiran Terkini
  7.      1 Salinan Cukai Tanah Terkini
  8.      Gambar Tapak (4 pandangan – U/S/T/B – bertarikh)
  9.      Borang Kiraan Bayaran Fee Pelan Mengikut Jenis Bangunan
  10.      Borang Kiraan Bayaran Cagaran Mengikut Jenis Bangunan
  11.      Kelulusan Pecah Sempadan (PTDUL / Suratan berkaitan)
  12.      Sesalinan Pelan ‘Pre-Comp’/ Pra-hitungan
  13.      Sesalinan Surat/ Pelan Kelulusan KM
.